Header Ads

Ini jawapan dari Bapa Kandung Neelofa dakwaan Nikahkan Neelofa dan PU Riz

 


Bapa kepada Neelofa enggan memberi sebrang komen mengenai dakwaan yang viral di media sosial kononnya beliau menjadi wali kepada pernikah anaknya dengan Muhammad Haris atau lebih dikenali PU Riz di Kelantan.

Tambah Mohd. Noor, dia banyak menerima panggilan telefon dari pihak media yang bertanyakan mengenai kesahihan dakwaan tersebut.

“Saya sudah katakan semalam bahawa saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu hari ini.




“Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut semalam. Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi,” katanya seperti yang dilaporkan K! Online.

Terdahulu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 31 tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan sudah bernikah dengan PU Riz.




Hubungan Neelofa dan PU Riz masih menjadi tanda tanya apabila Neelofa turut memaklumkan, keluarganya kini dalam proses perbincangan dengan keluarga PU Riz mengenai status hubungan mereka.

Sumber: K! Online

No comments:

Powered by Blogger.