Header Ads

Jururawat meninggal dunia akibat kanser payud4ra

 


Seorang jururawat masyarakat Hospital Seberang Jaya meninggal dunia akibat k4nser payud4ra, semalam.


Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Allahjyarhamah Nurulainee Khalid menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.11 pagi.


“Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah kehilangan seorang warga kerja berwibawa, permata yang menyumbang bakti penuh hemah di fasiliti JKNPP.


“Allahyarhamah Nurulainee binti Khalid, Jururawat Masyarakat Gred U24 (TBK) dari Jabatan Pediatrik, Hospital Seberang Jaya telah meninggal dunia pada 30 Disember 2020 jam 3.11 pagi,” katanya.



Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP.


Sementara itu, pemergian Nurulainee turut ditangisi rakan-rakan terdekatnya.


Mereka menyifatkan Allahyarhamah seorang yang lemah lembut dan sopan dalam pertuturannya.



“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Sumber : cempedakcheese

No comments:

Powered by Blogger.