Header Ads

Netizen bengang usahawan sempat lagi rakam member meninggal sebijik macam video percutian

 


Sejak dari semalam viral di media sosial apabila usahawan muda, Hafiz Mahamad memuat naik di ig nya pemergian sahabat karib. Rata-rata netizen kagum dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh usahawan tersebut.


Namun disebalik pujian ada yang bengang dengan perbuatan Hafiz yang dianggap kurang sesuai apabila bertindak merakam jenazah ketika proses pengebumian,Tindakan itu dianggap kurang wajar kerana allahyarham masih lagi mempunyai keluarga dan jika diamati setiap rakaman video dibuat seakan untuk content untuk dimasukkan dalam media sosial.


Ramai juga netizen yang sependapat dengan pengguna twitter yang menggunakan akaun @HafeezEthan kerana dirasakan apa yang dibuat oleh usahawan tersebut sungguh tidak tepat dan sensitif kerana pemergian orang tersayang adalah sesuatu yang menyedihkan kepada ahli keluarga.


Ramai juga mempersoalkan tindakannya merakam momen solat jenazah dan juga semasa jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad.


Berikut beberapa komen dari netizen yang sempat di screen shoot, rata-rata memang tidak setuju dengan tindakan usahawan tersebut merakam moment dan seterusnya memuat naik di laman ig miliknya.




Walaupun begitu, ada juga netizen yang anggap jika kita melihatnya dari sudut yang positif pastinya banyak pengajaran sebenarnya yang kita beroleh dari perkongsian tersebut.



Sumber: Hafiz Mahamad, HafeezEthan via OMM

No comments:

Powered by Blogger.