Header Ads

(Video) Rupa-rupanya bayi lelaki Tok Ti adalah kembar Aafiyah, embrio yang terjadi pada hari yang sama

 


Peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima khabar gembira pada awal disember lepas apabila penyanyi kesayangan ramai ini mengumumkan beliau sudah pun berbadan dua.


Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.


Beliau yang sedang hamil empat bulan menzahirkan kesyukuran dan keterujaan apabila bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata.



Terdahulu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.


Sementara itu, Tok Ti baru-baru ini turut memberitahu bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.




“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.


“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.

“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini.


Sumber : sinar plus

No comments:

Powered by Blogger.