Header Ads

Aku pun ada KWSP, royalti, bisnes dan duit upah urut..., Suhami Saat bengang selepas netizem tuduh guna duit i-Sinar Ina Naim untuk buat lagu baru

 


Baru-baru ini bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad atau lebih dikenali sebagai Mosus dilaman facebooknya memaklumkan dia dan keluarganya bakal muncul dengan sebuah album.


bagaimanapun tindakan murni beliau untuk berkongsikan berita gembira ini bersama para peminatnya bertukar menjadi tempat kecam netizen apabila ada segelintir netizen mendakwa beliau menggunakan wang daripada i-Sinar milik isterinya dalam pembikinnan lagu.


Tidak hanya berdiam diri, Suhimi dilihat ada berkongsikan paparan skrin komen daripada individu tersebut menerusi di Facebook miliknya.


Enggan melatah, Suhaimi memberi amaran kepada individu tersebut yang dianggap ingin menumpang popularitinya.


"Yang ni nak tumpang glamour ke nak mintak surat saman?"


"Aku pun ada KWSP, royalti, bisnes dan duit upah urut... walaupun" tulisnya.

Dalam masa yang sama, Suhaimi berkata album berkenaan sudah boleh ditempah awal kerana ianya terhad dan eksklusif. Menurutnya, album tersebut mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.



Untuk rekod, Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13; Sallman El-Khoyri, 11; Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

 

SUMBER  MSTAR ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.