Header Ads

Baru mula ditayangkan tapi drama 'Takdir Yang Tertulis' sudah trending nombor satu!

 


Ramai tak yang sekepala dengan min? maksud min layan drama bersiri baru Takdir Yang Tertulis?


Serius cakap drama ini memang best giler walau baru saja ditayangkan episod 2 malam tadi.


Itulah reaksi orang ramai selepas mereka menonton drama rantaian terbaharu iaitu Takdir Yang Tertulis.


Drama yang mula ditayangkan pada 21 Januari itu menggandingkan pelakon utama Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina Mohamad.


Selain itu, ada juga yang memberi respon tanda suka dengan drama berkenaan selepas hanya baru hari kedua ditayangkan menerusi siaran TV3.


Perkara itu dibuktikan menerusi laman Twitter sejurus drama arahan Shahrulezad Mohameddin trending nombor satu susulan menjadi bualan ramai di platform berkenaan.


Turut berkongsi perkara itu, Nad Zainal sendiri yang memegang watak sebagai Juweta dalam drama tersebut!


Takdir Yang Tertulis mengisahkan Juweta dan Azlan, sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga.


Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta.


Berasa dikhlanati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan yang bekerja bersamanya.


Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk.


Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta? Sama-sama kita tonton sehingga ke penghujungnya.


Drama yang akan bersiaran selama 15 episod ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran TV3.


Sumber: Twitter dan Instagram Nad Zainal


Sumber : hotfm

No comments:

Powered by Blogger.