Header Ads

Dr Erin Nafi Gila Talak, Tunjuk Bukti Masih Beri ‘Nafkah’ Kepada Bekas Suami, Dr Erin Dikecam Netizen Sebagai GiIa TaIak

 


Seperti yang kita sedia maklum, Rumahtangga Da'i Farhan dan Dr. Erin sudah lama berakhir selepas mereka mengambil keputusan bercerai tidak lama dulu. 


Namun selepas ada netizen yang membuat video komplikasi 'lelaki curang' yang memaparkan beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip bekas suaminya itu, Dr Erin tampil menegur sikap tidak matang netizen yang menyamakan lelaki curang dengan Da'i Farhan.



Terbaru, portal hiburan Ohbulan ada memuat naik satu artikel kononnya Dr Erin memberitahu bahawa dia masih menyantuni kesemua bekas suaminya dan keluarga iparnya. Tambahnya, dia masih memberi nafkah kepada bekas suami walaupun mereka sudah bercerai.



Berbaik dengan semua bekas suami


Berikut adalah caption yang ditulis oleh Dr Erin dalam perkongsian terbarunya di media sosial.

Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get backlah, giIa taIak. Hello, nak habaq mai dekat sini, saya bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka. Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit.


Akak yang dituduh perempuan tak baik ni lah duk tolong. Walaupun depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu sifat saya.



Menurut Dr Erin, dia bukanlah seorang yang pendendam. Sebagai bukti, dia menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami  yang meminta wang dan bantuan daripadanya. Tambahnya, screenshot tersebut merupakan salah satu bukti perbualannya dengan bekas suami sebelum Da’i Farhan. 

Berikut adalah respon dari netizen. Rata-rata pelik tapi dalam masa sama kagum dengan Dr Erin yang dikatakan satu dalam sejuta kerana tidak pernah dengar lagi bekas isteri beri nafkah kepada bekas suami..




Rata-rata netizen menyatakan Dr Erin merupakan satu dalam seribu wanita yang menanggung nafkah suami.

Sumber: Ohbulan

No comments:

Powered by Blogger.