Header Ads

Dua-dua mata sembab dan nampak tidak bermaya, netizen mahu Ayda Jebat dan Nabil Mahir berehat, kurangkan 'aktiviti malam'

 


Seperti yang semua peminat tanah air sedia maklum, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar kekasih halal pada 1hb Januari 2021 yang lalu.


Seperti mana-mana pasangan yang baru berkahwin, sudah semestinya akan berbulan madu. Pasangan selebriti popular ini juga menghangatkan lagi cinta sejati mereka dengan berbulan madu di Pulau Langkawi.


Namun, netizen perasan pasangan ini kelihatan agak letih sehingga menampakkan kesembapan di mata masing-masing. Ini dapat dilihat melalui video yang dikongsikan oleh nabil mahir di ig miliknya, nampak sangat sepert tidak cukup tidur.


Mungkin mereka sedang sibuk menyusun semula semua jadual kerja bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan baru-baru ini.


Rata-rata peminat mereka meninggalkan komen supaya pasangan ini mendapatkan rehat yang secukupnya.


Dalam masa yang sama, mereka turut sempat memesan kepada Ayda dan Nabil untuk kurangkan ‘aktiviti malam’ kerana khuatir dengan tahap kesihatan mereka.





Aaiipp, amboi korang ni laju je kan. nampak saja ya mata sembab Ayda dengan Nabil tu.


Mana tahu Ayda dengan Nabil sekarang ni tengah dalam fasa untuk mendapatkan 13 cahaya mata seperti yang dirancangkan?


Apapun diucapkan selamat pengantin baru kepada Nabil Maher dan Ayda Jebat, semoga berbahagia hendaknya dan dikurniakan chaya mata yang comel-comel belaka.


Sumber : HotFm

No comments:

Powered by Blogger.