Header Ads

'Farhan Tak Pernah Curang' - Dijadikan contoh lelaki curang dan bahan jenaka, Dr Erin kesal dengan sikap tak matang netizen

 


Dr. Erin yang juga merupakan bekas isteri kepada Da’i Farhan meluahkan rasa kesal dengan netizen apabila ada sesetengah netizen berkongsikan video kompilasi ‘lelaki curang’ dan terpapar beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip pendakwah Da’ Farhan.

Meskipun begitu, Erin berkata dia tidak mencuba untuk mempertahankan maruah bekas suaminya itu kerana masih wujud perasaan sayang atau cinta namun hanyalah kerana masih punya belas kasihan dan tidak sampai hati melihatkan perkara seperti itu terjadi.


Dr Erin tampil menegur tindakan pengguna media sosial yang berbuat demikian dan menjelaskan mengenai Da’i Farhan.


Bukan nak back-up sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok. Baik buruk semua campur h3ntam semua sekali. Bergurau dengan menjatvhkan marvah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video b0doh ni yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu p letak muka Ustaz Farhan. 

Dia tak curang pun… Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung. Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai p lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki.


Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah, selama dia berpoIigami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia pada pihak sana dan anak-anak dia. Please la dia masih ada mak ayah, keluarga dan anak-anak yang akan membesar dan akan pandai guna media sosial suatu hari nanti. Apa perasaan anak-anak saya tu walaupun anak-anak tu anak tiri saya.


Dik3cam macam penj3nayah…


Dia juga dikatakan sangat  terkilan dengan sikap segelintir pengguna sosial media yang bertindak menyunting video sebegitu tanpa memikirkan terlebih dahulu kesannya kelak. Tambah Dr Erin lagi, setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza tanpa mengira paras rupa atau kedudukan. Selain itu, dia turut mempersoalkan kepada netizen dengan menjadikan situasi lelaki berpoIigami dan berlaku curang.


Sedih la dok terfikir macam mana esok ni orang dok buat lawak wei Walid hang tu lelaki curang eh. Allah nauzubillah min zalik. Kalau lelaki nikah 2, 3, 4 tu curang kenapa tak diletakkan sekali pictures public figure alim ulama, menteri-menteri, artis-artis yang ramai bini tu? If lelaki kawin 2, 3, 4 tu layak dilayan macam penjen4yah sampai nak kena buang kerja atau hilang kerjaya dan pendapatan, dihlna sampai macam ni sekali, nanti tak dapat bagi nafkah hampa kata la pula tak bagi nafkah. Jadi anak-anak keturunan yang lahir dari isteri 2, 3, 4 tu macam mana pula?


Adakah mereka juga harus dikecam sebab lahir dari benlh lelaki curang dan per4mpas? Media gosip ni buat rosak habis generasi muda, semua jadi makcik bawang main-main dengan hukvm Allah. Menghvkum orang, hlna orang, maIukan orang tanpa belas kasihan. 

Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula kat yang setia tu.



Sebab Allah dah kata janganlah kamu kata beriman (baik) sedangkan kamu belum diuji. Buruk ke hensem ke kalau dah memang ujian dia macam tu kat ni kena la doakan yang baik-baik, moga dimudahkan segala urusan rumahtangga orang tu. 

Bukan jadi penambah rasa, yang dok mengata tu pun tak sedar diri juga dia pun lahir dari lelaki curang dan per4mpas juga sorang anak bini nomber 4 seorang anak bini nomber 2. Ingat tu!!!


Walaupun hanya bergurau ia sebenarnya tidak patut menjadikan alb seseorang sebagai bahan gelak tawa.


Sumber: Dr Erin via ohbulan

No comments:

Powered by Blogger.