Header Ads

Hubungan Kembali Pulih, Neelofa Dan PU Riz Umum Tarikh Kahwin Dalam Masa Terdekat

 


teka teki mengenai hubungan Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz akhirnya terjawab apabila selebriti terkenal itu mengesahkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

 

Menurut Neelofa dan dan Riz juga tidak terlepas dengan dugaan sama seperti orang lain yang berada dalam fasa darah manis.


“Apa yang boleh saya katakan hubungan kami sekarang lebih baik dan lebih positif. Untuk berkongsi perkara lebih serius, saya akan kongsi nanti.


“Tipulah tak ada pahit manis atau naik turun dalam hubungan. Saya merasa benda sama, ada masa, ada salah faham.


“Kami berdua berjaya mengatas dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah, semua makin baik dan positif,” katanya.


Bekas pengacara MeleTOP itu berkata hubungan antara kedua ahli keluarga mereka juga semakin pulih dan meluahkan rasa syukur semuanya baik-baik sahaja.


“Alhamdulillah perlahan-lahan selepas kami berbincang dan berkomunikasi. Hubungan makin baik dan pulih.


“Kami pun bagi masa, tidak memaksa semua orang untuk faham dan menerima. Saya bersyukur sangat,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai hal perkahwinan, Neelofa berkata dia akan berkongsikan tentang perkara itu dalam masa terdekat.


“untuk berkongsi mengenai benda-benda yang lebih serius itu, saya akan berkongsi kemudian. Untuk bercakap mengenai maklumat perkahwinan, saya akan kongsi dalam masa yang terdekat. Insya-Allah,” katanya.


SUMBER: Gulapop

No comments:

Powered by Blogger.