Header Ads

Iuka semasa bersaIin masih terasa, ibu muda ini diduga kehilangan bayi tersayang

 

Apakah perasaan anda jika bayi yang baru dipinjam oleh Illahi sebagai amanah kepada kita tetapi belum sampai beberapa minggu sudah 'diambil' kembali buat selama-lamanya?SUKAR digambarkan perasaan seorang ibu tatkala diuji dengan pemergian bayi buat selama-lamanya.

Sebagai insan yang mengandung dan meIahirkan, kehilangan si kecil sememangnya amat memerltkan apatah lagi ia berlaku dalam waktu tidak dijangka.

Menerusi Facebook, Puan Nurul Atikah berkongsi moment duka mengenai pemergian bayi lelaki, Muhammad Yusuf Mikael dalam pangkuannya.

Lebih meruntun jiwa, Puan Nurul mengadu bahawa perit melahirkan bayinya secara pemb3dahan masih terasa sehingga kini.



Difahamkan, sebelum ini Muhammad Yusuf pernah pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) berikutan komplikasi saluran pernafasan yang terlalu sempit.

Mengenangkan keadaan bayinya semakin kritikal, Puan Nurul dan suami sudah dimaklumkan untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku.





Meskipun kenyataan itu perit untuk diterima, namun dia reda dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap si comel berkenaan walaupun cuma seketika.

Artikel dipetik dari cempedakcheese

No comments:

Powered by Blogger.