Header Ads

Bila Dah Terlajak Kaya, Adik Neelofa Guna Krim Harga RM1,000 Lebih Sapu Di Punggung

 


Bila dah jadi public figure, apa saja yang kita buat mesti akan jadi perhatian netizen. Suka atau tidak terpaksalah hadapi juga.


Siapa yang tidak kenal dengan keluarga Neelofa ini, satu keluarga yang cukup popular di mata rakyat Malaysia.Di antara adik-beradik selebriti popular ini, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.




Baru-baru ini, perkongsian Ameera di Insta Story menjadi perhatian apabila dia berkongsikan produk yang digunakannya kepada pengikutnya. Perkara itu turut dikongsikan oleh netizen di Twitter.


Namun apa yang mengejutkan apabila netizen menyelidik harga krim pelembab La Mer yang digunakan oleh Ameera berharga serendah RM1,024 sebotol dan Ameera hanya menyapunya di punggung.



Seperti biasa, dah nama pun netizen kan? Tambah-tambah musim pkp ni banyak duduk rumah tak tahu nak buat apa, maka ramai yang jadi bidan terjon jadi pengkrltik part time di media sosial.


Perkongsian itu membuatkan ramai netizen terkejut dan ramai wanita ingin menjadi kaya seperti Ameera sebaik sahaja melihat perkongsian itu.


Dalam pada itu, ada yang mengatakan jika mampu tiada salahnya untuk berbelanja mahal untuk kecantikan diri.



Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.