Header Ads

Oi beruk, filem Malaysia ada ja yang power walaupun low budget, kata Janna Nick

 




Viral di laman sosial twitter sejak dari semalam apabila selebriti popular, Janna Nick dikatakan berp3rang mulut dengan netizen berkenaan garis panduan filem Malaysia.


Ianya dikatakan bermula apabila Janna Nick mengulas berkenaan serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol serta seolah-olah mengaitkan ser44ngan berkenaan dengan filem The Purge.


Janna berkata lagi, kesan daripada pengaruh filem sebegitu punca mengapa garis panduan yang ketat diperlukan dalam industri perfileman seperti mana Malaysia lakukan.



kenyataan Janna itu dikecam netizen yang tidak sependapat dengan pelakon itu. Kata netizen disebabkan garis panduan tersebut filem Malaysia tidak berkembang lebih jauh.



Dalam pada itu, ada netizen menggelar filem Malaysia bodoh, malah disebabkan pemikiran segelintir pihak sebegitulah terutama orang industri, filem kita tidak pergi jauh. Tidak hanya berdiam diri, Janna membalas dengan mengatakan di Malaysia ada sahaja filem yang hebat walaupun bajet rendah.


Tidak hanya berhenti setakat itu, Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’. Bagaimanapun, Janna menjelaskan tindakannya itu kerana berpendapat individu itu orang yang kalah kerana memadam Tweet terdahulu.



Enggan memanjangkan perdepatan tersebut, Janna dilihat memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih dengan segala pendapat yang dilemparkan oleh netizen. Ujarnya, dia menerima segala kritikan dan berharap pendapatnya juga diterima.



Berikut adalah respon dari netizen





Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.