Header Ads

Saya setia jaga isteri kerana cinta dan kasih sayang, pengakuan dari Edika Yusof

 


Pelakon Edika Yusof, 54, enggan mengulas pujian warganet yang membandingkan kesetiaannya terhadap isteri, Norhidayah Yusri, 43, yang Iumpuh sejak 16 tahun lalu dengan orang lain.


Edika berkata, dia sebenarnya tidak selesa setiapkali ada isu berkaitan selebriti, akan dibandingkan dengannya.


"Semua orang akan melalui dugaan masing-masing. Setiap perkahwinan juga ada dugaannya tersendiri.


"Bagi saya perkahwinan ialah tanggungjawab bersama dan susah senang kita mesti hadapi bersama.


Isteri adalah jodoh dan teman sejiwa, bukan pembantu rumah.


"Bersama kita berkongsi tanggungjawab termasuk rutin harian, jaga anak, kerja-kerja rumah dan juga memasak," katanya kepada Harian Metro.



Menurutnya, adalah tidak adil juga jika warganet menyentuh isu rupa dan kesetiaannya terhadap isteri dengan selebriti lain.


"Rupa tidak memainkan peranan. Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang berlainan.


"Apa yang boleh saya katakan di sini, mungkin saudara (selebriti) kita ada masalah tersendiri. Biarlah kita sama-sama belajar daripada kesilapan dan doakan yang baik-baik sahaja.


"Siapa kita untuk menilai mereka kerana kita juga tidak sempurna," katanya.


Mengulas perkongsiannya meraikan ulang tahun ke-18 perkahwinan di media sosial yang menjadi tular, Edika mengaku tidak menyangka akan berlaku.



"Sejujurnya saya jarang buat hantaran berkenaan isteri saya. Tak sangka pula hantaran berkaitan ulang tahun perkahwinan kami menjadi tular.


"Berkenaan perkara ini, saya setia menjaga Isteri. Bagi saya, sebagai suami saya cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.


"Bagi saya tanggungjawab adalah perkara utama dan keduanya disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang.


"Saya bersyukur Allah panjangkan jodoh kami dan juga Allah berikan kami kekuatan dalam mengharungi dvgaan ini," katanya.



Menurutnya, biarpun keadaan isterinya yang Iumpuh dari dada hingga hujung kaki, mereka sekeluarga cuba untuk menjalani kehidupan senormal yang mungkin.


"Walaupun dengan Iumpuh separuh badan, isteri saya mencuba apa yang terbaik dia boleh lakukan. Anak-anak juga banyak membantu," katanya.


Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.