Header Ads

Shuk Sahar Mengaku Salah, Berusaha Dapatkan Keluarga Dan Kebahagiaan Semula Walau Dengan Apa Cara Sekalipun

 


Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak, suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Selepas beberapa hari ambil pendekatan berdiam diri hari ini pengacara dan pelawak, Shuk Sahar tampil mengakui kekhilafan dirinya terhadap isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.


Menurut pelawak ini lagi, dia tahu apa yang berlaku bukannya mudah untuk diperbetulkan atau dipulihkan hubungan seperti sebelum ini.





"Setiap orang malakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.. Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh,"


Itulah tulisannya di instagramnya dan dalam masa yang sama Shuk berjanji dia akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan semula keluarga tercinta.

"Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!" tulisnya lagi.

Menerusi perkongsian itu, pelakon filem Adnan Sempit 2 ini turut berkongsi momen dengan memuat naik video ketika bertemu dengan anak-anaknya.

"Ain.. Ain rindu ayah? Sayang ayah?," tanya Shuk kepada puteri sulungnya.


Untuk rekod, kemelut yang melanda rumahtangga pelawak dan pengacara popular ini bermula apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan di instagramnya bahawa suaminya masih lagi bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang pernah kantoi tahun lepas iaitu Fara Salleh.


Menurut video yang dimuat naik itu, dia juga bertindak menerjah rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun beredar dengan hampa.


Keadaan menjadi lebih rumit apabila pihak pengurusan HOT FM bertindak menggantung Shuk secara rasmi bagi melakukan slasatan.


Berikut adalah respon dari netizen dan kata-kata nasihat kepada Shuk Sahar 


"Kadang2 Aku Buat Kesilapan Jgak Dan Buat Pilihan Yang Tak Betul ! Aku Akui , Aku Manusia Sentiasa Buat Silap , Aku Bukan Macam Netizen Yang Sentiasa Betul Dan Cari Salah Orang Sedangkan Masalah Family Sendiri pun masih tak selesai 😎" - djvaceofficial

"Melakukan kesilapan itu lumrah, mengulang kesilapan itu kurang bijak. Sekali hati kau dah hancurkan, xsemudah itu bole kau kembalikan dibentuk asalnya". - itsme_arauqasha

"Bljar dr kesilapan..jgn asyik ulang kesilapan yg sama...belajar lah untuk setia....jgn khianati kepercayaan seorg isteri...bila hati dah mati x kan ade cinta lg utk suami.....ingat bila dah berbaik semula jaga rumahtngga...yg halal ade jgn dijamah benda yg haram...bertaubatlah dan perbaiki perhubungan..moga allah permudah kan dan pnjng kan jodoh kamu hinnga ke syurga..amin "- sissuee._


"as bapak n suami. kite salah atau x.. anak isteri keutamaan... allah bg apa yg kau perlu shuk, bukan apa kau nak... mgkin dia isteri sbgai asbab kau berjaya mcm skrg." - ismael_merican


Diharapkan semoga hubungan rumahtangga Shuk Sahar dan isterinya kembali jernih seperti biasa dan kepada Shuk diharapkan agar kali ini biarlah betul-betul berubah,Tiada manusia sempurna dan belajarlah dari kesllapan.



No comments:

Powered by Blogger.