Header Ads

Suami suka sangat manja-manja 24 jam, kata Ayda Jebat

 



Seperti yang kita sedia maklum, pasangan merpati dua sejoli ini sah bergelar suami isteri pada awal tahun ini.Pasangan popular ini dilihat telah berbulan madu di Langkawi tempoh hari.

 Ayda Jebat dan suaminya,  Nabil Mahir dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.


Semalam, Ayda dilihat ada memuat naik video mesranya bersama suami di Insta Story memaparkan Nabil menclum pipinya dalam tempoh yang agak lama.



Menerusi perkongsian itu, Ayda turut mengatakan suaminya suka menciumnya hampir sepanjang hari dan bertanya kembali sama ada adakh para suami diluar sana turut seperti Nabil.




Terdahulu, video pasangan itu bermain Lego menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas melihat kedua mereka seperti kurang tidur.


Pasangan itu juga berhasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata. Nabil berkata angka 13 merupakan nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai.

Berikut adalah respon dari netizen selepas melihat momen manja pasangan romantik ini,.





Sumber : rotikaya

Artikel berkaitan : Tahniah! Ayda Jebat, Nabil Mahir sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz 


Pasangan itu dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Rozimi Zamri di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.28 petang.


Dalam majlis itu, Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan termasuk mas kahwin berupa seutas rantai berlian.


Namun begitu, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.


Pasangan itu segak dalam persalinan serba putih hasil rekaan pereka fesyen, Lynda Rahim.




Ayda menggayakan busana perkahwinan daripada Lynda Rahim.


Ayda menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan sempurna seperti dirancangkan biarpun ia diadakan secara sederhana mengikut rutin normal baharu.


"Alhamdulillah, walaupun kini kita berada dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.


“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan, ” katanya.


Ayda juga berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat.


“Ini adalah perkara baharu dalam hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh.




“Jujurnya kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” katanya yang tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini.


Nabil sebelum ini melamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu yang ke-28 pada 18 Mac lalu.


Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.