Header Ads

Tak Hantar Anak Ke Sekolah, Suhaimi Saad Ajak Semua Anak Dan Ina Naim Tubuh Kumpulan Nasyid

 


Lama sudah tidak mendengar khabar berita dari bekas ahli kumpulan nasyid In-Team ini.Suhaimi Saad yang seperti sedia maklum membuat keputusan untuk tidak menghantar anak-anak bagi mengikuti sistem pendidikan di sekolah tetap mempunyai perancangannya tersendiri buat masa depan anak-anaknya itu.

Suhaimi juga telah mengajak kesemua anaknya mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi.

lelaki itu mahu empat orang anaknya iaitu Ehmad Hadie El Fardie (13), Sallman El Khoyri (11), Phyrosh El Fadwah (9), dan Nurlayla El Ghufrony (7) mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi apabila dia mengumumkan bakal mengeluarkan album nasyid di bawah nama ‘Bismilllah’


Turut menarik perhatian lagi apabila kumpulan itu turut akan menampilkan isterinya iaitu Ina Naim.


Album itu akan menemui semua peminatnya pada awal Ramadhan nanti dan semua boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM30 sahaja.


Tambahnya lagi, dengan penubuhan kumpulan tersebut, secara tidak langsung menjadi detik kemunculan semula Ina Naim yang sebelum ini pernah muncul dengan album Duhai Hati pada 2015.

"Ina Naim is comeback," tulisnya.

Mesti ramai yang merindui kemerduan suara Shuhami dan Ina Naim bukan? Mesti padu!

Gambar kredit: Instagram @mosuofficial

No comments:

Powered by Blogger.