Header Ads

Takdir Yang Tertulis’ Buat Kaum Isteri Tak Dapat Kawal Emosi, Si Perampas Pula Panas Punggung?

 



Cuba angkat tangan siapa kat sini yang tak layan drama bersiri hebat lakonan Nad Zainal dan Nazim Othman ini? Drama ‘Takdir Yang Tertulis’  ini walaupun baru beberapa hari ditayangkan di TV3, namun drama ini sudah menjadi bualan dan trending di laman sosial.Hebat sanga!


Yang menariknya tentang drama ini, ianya menampilkan plot twist yang mendebarkan atau lagi tepat menyakitkan hati! Dan semestinya pujian harus diberikan kepada barisan pelakon yang memang terbaik, terutamanya Nad Zainal dan Nazim Othman.



Sejujurnya admin pun dah lama tak tonton drama Melayu yang mempunyai plot twist hebat seperti drama ‘Takdir Yang Tertulis’ ni.



Sinopsis drama ‘Takdir Yang Tertulis’


Drama sarat dengan konflik ini mengisahkan Juweta (Nad Zainal ) dan Azlan (Nazim Othman), sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga.


Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan yang bekerja bersamanya.


Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Malah, sahabatnya sendiri , Ruhila (Elvina Mohamad) telah mengkhianatinya dengan cara yang paling kejam – iaitu menjadi madunya!


Tapi, siapa pula Ean (Alvin Chong) dalam konflik mereka? Apakah pengakhiran jalan cerita ‘Takdir Yang Tertulis’ ini?


Antara komen di Twitter





SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pert3ngkaran besar di pejabat mereka.


Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.


Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pert3ngkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.


Berasa dikhlanati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?


No comments:

Powered by Blogger.