Header Ads

Tok Mat nafikan dia dipilih sebagai calon Perdana Menteri

 


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan bahawa beliau dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.



Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, dakwaan itu adalah berita palsu.


"Sila ambil maklum. Ini adalah berita paIsu. Berita paIsu 'lebih cepat' tersebar berbanding vlrus Covld-19.



"Berhati-hatilah," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi beliau, Tok Mat Hasan N9 pada Ahad.


Menerusi ciapan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan turut berkongsi pautan Instagram beliau yang memaparkan tangkap layar berita paIsu tersebut.



Berdasarkan paparan itu, nama Tok Mat dikatakan telah disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri bagi MN dan telah mendapat undian tertinggi berbanding calon-calon lain pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.

Sumber : sinar harian

No comments:

Powered by Blogger.