Header Ads

Tragedi Feri Triso, Ini adalah kecuaian sendiri, bukan jatuh feri, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak

 


Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing mengesahkan inslden kereta terjunam ke Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau hingga meng0rbankan sembilan sekeluarga semalam adalah kecuaian sendiri.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur berkata, perkara itu selepas beliau mendapatkan maklumat daripada operator feri, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Tegasnya lagi, maklumat mengenai kemlangan sendiri itu tidak penting sebaliknya apa yang diambil perhatian kerajaan negeri adalah kehilngan nyawa rakyat.

"Memang kejadian ini merupakan kemalngan sendiri tetapi apa yang penting adalah nyawa yang terk0rban.


"Kita perlu memastikan agar kejadian sama tidak berulang di masa akan datang dan ini merupakan tanggungjawab kerajaan negeri,” kata Masing.

Terdahulu, Masing melakukan lawatan di lokasi kejadian serta mengadakan perbincangan dengan operator feri, wakil JKR dan LSS.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Datuk Julaihi Narawi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang Jumaat, sembilan sekeluarga ma4ut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjun4m ke Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak juga tidak menolak kemungkinan trag3di itu berlaku disebabkan pemandu kenderaan g4gal mengimbangi kenderaan dipandunya di laluan tersebut.

Sumber : awani

No comments:

Powered by Blogger.