Header Ads

(VIDEO) Harga Telur Jatuh Merudum Sampai Tak Dapat Untung, Peniaga Memberontak dan Buang Semua Telur Ayam

 


Genap setahun kita hidup bersama C0VID-19, kehadirannya cukup memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi lagi menyedihkan kerana ramai individu yang terkesan.


Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hilang sumber pendapatan.


Malah, ada yang sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk keluarga di rumah, apabila sudah matl akal nak cari duit dari mana.


Bagaimanapun, masih ada golongan yang tidak bersyukur dengan situasi mereka.


Ini sehingga sanggup melakukan pembaziran dengan membuang makanan yang masih elok semata-mata mengikut perasaan.


Begitulah yang terjadi dimana seorang lelaki bertindak membuang semua telur ayam yang berada dalam kenderaan sebelum dicampakkan ke dalam sawah.

Kejadian yang dikatakan berlaku di negara Indonesia ini telah menimbulkan pelbagai komen dari netizen kerana membazir ketika ekonomi yang tidak menentu ini.



Memetik laporan Merdeka, lelaki itu dipercayai merupakan seorang pengusaha telur ayam.


Difahamkan, dia dalam keadaan marah kerana harga dagang yang ditawarkan terlalu murah.


Menerusi video tersebut, selepas merungut, dia mencampakkan kesemua telur ayam ke dalam sawah padi.


Sambil dibantu oleh segelintir individu sementara perakam video meminta lelaki itu bersabar.


Berikutan itu, rata-rata warganet yang melihat kelakuan lelaki terbabit berasa sedih dan mengecam tindakannya.


Banyak rumah anak yatim dan fakir miskin yang memerlukan


Buang rezeki sendiri, kebodohan batin yang besar


Contoh manusia sombong dan serakah


Sepatutnya beri kepada orang susah


Oleh kerana terlalu ikutkan emosi dan amarah, lelaki itu tidak sedar bahawa dia telah kerugian besar.


Malah, sifat tidak bersyukurnya juga semakin membuatkan ramai orang sakit hati dengan perbuatannya.


Sebagai manusia, selagi masih diberi rezeki, tidak perlulah mempersoalkan banyak mana.


Sebaliknya bersyukurlah dan berkongsilah juga dengan mereka yang lebih memerlukan.


Rakaman Video ada di Bawah Sekali







Sumber: merdeka.com


Kredit:gstvip

No comments:

Powered by Blogger.