Header Ads

(Video) Nabil Ahmad Sebak, Dapat ‘Kenal’ Islam Dan Nabi Semasa ‘Keluar’ 3 Hari Ikut Tabligh

 


Bermula sejak pentas Raja Lawak lagi sehinggalah ke rancangan bual bicara Meletop, memang itulah karakter semulajadi Nabil iaitu membuat orang terhuibur.


Namun kata orang, di setiap hilai tawa itu pasti ada tangisnya. Demikianlah yang terjadi ke atas figura ini apabila tular di media sosial, Nabil ‘keluar’ menyertai jemaah tabligh baru-baru ini.


Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Dakwah Tabligh serta Youtube BroLah TV, kelihatan Nabil berucap di hadapan sambil meluahkan perasaannya yang agak lama ‘terbungkam’.


Difahamkan, ini adalah kali pertama Nabil menyertai jemaah tabligh sepanjang hidupnya.


Melihat raut wajahnya ketika ini, jelas air matanya mengalir sayu membasahi kedua-dua pipinya. Seakan-akan dia menangisi sesuatu yang begitu mendalam dalam sanubarinya.


“Abang tak pernah tengok suasana ni, tak pernah tengok orang mengaji..Subuh..tahajjud.. Adik-adik mengaji Abang menangls kat tempat ambik wudhu sana.. Bayangkan umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ni..”


Itu antara luahannya yang terucap di bibir diselangi air mata. Jelas Nabil begitu tersentuh apabila dia benar-benar merasai keindahan bersama jemaah tabligh buat kali pertama.


Mari tonton video penuh seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Sebak dengan perubahan Nabil, ramai warganet turut mendoakan kesejahteraan untuknya agar istiqamah dalam ‘jalan’ yang dipilih.

 

Tidak kurang juga, ada yang berkongsi sedang dalam ‘perjalanan’ untuk kembali ke pangkal jalan. Semoga hasratnya tercapai, mudah-mudahan.


Nabil dikira insan bertuah kerana berpeluang merasai detik manis ini.

“Tanda Allah sayang…”


Dalam masa sama, ada yang mengharapkan selebriti lain boleh mengikuti jejak langkah Nabil.





Semoga Nabil istiqamah dalam jalan ini. InsyaAllah. Tahniah Nabil

Sumber : siakapkeli

No comments:

Powered by Blogger.