Header Ads

(VIDEO) Wanita Ini Kongsi 5 Petua Bagaimana Berjaya Simpan RM130,000 Cuma Setahun

 


Memetik dari portal odisi.my, seorang wanita telah berkongsi rahsia  bagaimana dia berjaya berjimat dan menyimpan wang selepas setahun menjalani no buy year (kehidupan tanpa pembelian).


Lara Jarvis dan suaminya Stuart, berjaya menyimpan hampir £25,000 (RM135,930) bagi tujuan pembelian rumah pertama mereka.


Menerusi video di saluran YouTube, Jarvis mendedahkan lima tip utama dalam membantunya mengurangkan perbelanjaan.



Berikut merupakan 5 tip yang dikongsikan oleh beliau.


1. Tunggu 30 hari


“Saya hidup dengan peraturan ini. Ia menjadi prinsip utama apabila saya mahu membeli sesuatu.


“Sekiranya anda mahukan sesuatu, letakkannya di senarai wishlist dan jika anda masih mahukannya selepas 30 hari berlalu, bolehlah anda beli.


“Ini membantu menghentikan pembelian yang terlalu mengikut hati. Selalunya kita tidak berfikir panjang kerana kemahuan melebihi kewarasan.



“Apabila sudah beli, baharu menyesal dan rasa benda itu tidak penting dan kita tidaklah begitu mahukannya.”


2. Rancang menu makanan


Perancangan makanan bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan untuk mencari apa yang kita mahu makan, tetapi menjimatkan masa anda, menjimatkan wang anda, malah menjadikan kehidupan anda lebih teratur.


“Apa yang saya lakukan ialah saya akan melihat bahan yang saya ada dan kemudian saya akan memikirkan resipi yang boleh digunakan menggunakan bahan-bahan tersebut.


“Saya kemudian akan merancang makanan, kenal pasti apa yang kami perlukan setiap hari dan menulis senarai perbelanjaan barang dapur dengan sewajarnya.”



3. Guna wang tunai berbanding cashless


Menggunakan wang tunai lebih berkesan daripada hanya melerek kad anda, atau lebih buruk lagi, menggunakan aplikasi di telefon anda.


Menggunakan wang tunai membuatkan anda lebih ‘rasa’ apabila duit itu keluar.


4. Ambil gambar apabila mengenakan pakaian cantik


Ini khusus untuk mereka yang suka membeli pakaian baharu. Ambil gambar anda apabila bersiap cantik, memakai pakaian yang anda suka.


Jadi apabila anda rasa nak beli pakaian baharu sebab anda ‘tak ada pakaian yang cantik’, lihat gambar itu dan ia boleh membantu meredakan rasa mahu membeli-belah.


5. Tahu ‘kenapa’


Anda perlu tahu kenapa anda mahu menyimpan wang kerana jika anda tiada alasan yang kuat, sukar untuk anda mengatakan tidak kepada ajakan rakan-rakan atau kemahuan membeli sesuatu.


Ketahui sebabnya, tuliskan dan papar di satu sudut yang boleh dilihat. Ucapkan tahniah kepada diri sendiri apabila anda berjaya melepasi satu-satu cabaran.

Hakikatnya, menyimpan sendiri pastinya memerlukan komitmen dan disiplin yang sangat tinggi dan bukan semua orang boleh mengekalkan momentum ini, lebih ramai yang kecundang di tengah jalan.


Sumber : odisi.my

No comments:

Powered by Blogger.