Header Ads

Ahli keluarga buat helah ajak warga emas solat jumaat sebelum kena tinggal di surau

 


Tergamak buat begini pada orang tua! Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang mendedahkan helah ahli keluarga mengajaknya keluar rumah kononnya untuk menunaikan solat berjemaah sebenarnya taktik untuk meninggalkannya di sebuah surau di Klang.

Kejadian yang sungguh menyedihkan itu dilaporkan oleh Lembaga Zakat Selangor melalui facebook rasminya.Pihak LZS bergegas ke surau berkenaan selepas menerima maklumat mengenai warga emas yang dilaporkan tidur di surau berkenaan.




Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook, LZS memaklumkan warga emas lelaki terbabit ditemui dalam keadaan lapar, keletihan dan mengalami saklt kaki akibat jangkltan kuman.

Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di salah sebuah surau di sini, kami bergegas untuk membantu beliau memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi kes Covid-19 buat masa ini. Tentunya bahaya sekiranya golongan berisiko tinggi tidur di tempat-tempat awam.

Pilu hati kami ketika beliau berkongsi cerita bagaimana beliau telah ditinggalkan di sebuah surau. Beliau tidak mempunyai zuriat kerana belum berumahtangga. Sebelum ini, beliau dijaga oleh anak saudaranya.




Namun sejak kesihatannya yang semakin merosot, ditambah pula dengan suasana yang tidak menentu kerana PKP, ahli keluarga yang menjaganya telah meninggalkan beliau di salah sebuah surau. 

Peringkat awal beliau tidak menjangkakan beliau akan diperlakukan sedemikian. Pujukan ahli keluarganya mengajak beliau ke surau tersebut untuk berjemaah, rupanya adalah perancangan untuk meninggalkan beliau di surau berkenaan. Pakaian juga telah siap diletakkan di dalam beg untuk bekalan beliau.



Ketika kami sampai, beliau mengadu yang kakinya sakit akibat jangkitan kuman, perutnya lapar dan berada dalam keletihan.

Alhamdulillah, setelah berunding, beliau bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan Rufaidah Home Care Services di Dengkil. Zakat Selangor akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatan beliau.


Sumber : FB Lembaga Zakat Selangor

No comments:

Powered by Blogger.