Header Ads

Akim Ahmad Bengang Jade Tuduh Stacy Cemburu Tak Tentu Pasal

 


Dari semalam viral di media sosial apabila seorang model vietnam yang dikenali sebagai Jade meluahkan rasa kecewa apabila lakonannya dalam muzik video MV Rampas  nyanyian Akim and The Majistret tidak dikeluarkan.


Tambah gadis manis itu lagi, aksinya terpaksa ditapis kerana isteri kepada vokalis kumpulan tersebut cemburu menonton babak dalam MV berkenaan.



Meskipun tidak menyebut ianya ditujukan kepada siapa, Akim Ahmad yang menyedari status itu ditujukan kepadanya tampil mempertahankan diri serta memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan.



Katanya, pihaknya menapis babak menampilkan wanita itu kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat serta ianya tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan di Asia.


Malah lagu itu adalah tulisan khas untuk arwah ibunya yang telah meninggal dunia pada 5 Mei 2018 dan mengambil keputusan untuk mengubah konsep MV demi menghormati pemergian ibunya. Difahamkan, perkara itu sudah tiga tahun berlalu, namun baru didedahkan oleh kedua belah pihak.


Dalam pada itu, Akim turut meluahkan rasa bengan dengan tindakan model tersebut yang menjejaskan perasaannya lebih-lebih lagi hari ini merupakan hari ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Stacy.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pendapat jika betul pun Stacy cemburu adalah benda yang tidak pelik kerana kecantikan model kacukan itu sungguh mempersona. Isteri mana yang tak sayang suami...





Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.