Header Ads

Bertegur sapa di PUBG, suami ikhlas jaga isteri Iumpoh sampai akhir hayat

 


“Saya mengahwininya bukan kerana simpati tetapi atas dasar cinta dan ikhlas untuk menjaganya sehingga akhir hayat,” kata pemandu lori, Muhd Irfan Zikri Mohd Ghazali.


Muhd Irfan, 22, menarik perhatian netizen sejak semalam selepas video perkahwinannya dan pasangan, Nur Najihah Nazri, 20, yang mengalami keced-eraan saraf tulang belakang tular di laman sosial.


Menerusi video itu, kelihatan Muhd Irfan mengucup dahi Nur Najihah yang duduk di kerusi roda sebelum memakaikan gelang tangan selepas mereka berdua sah disatukan sebagai suami isteri.


Video itu menjadi tular selepas dimuat naik Nur Najihah di akaun TikTok miliknya semalam dan rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan selain kagum dengan Muhd Irfan kerana menerima kekurangan isteri seadanya.


Bercerita lanjut, Muhd Irfan yang menetap di Kampung Melintang Wakaf Beruas, Terengganu berkata, dia dan Nur Najihah berkenalan pada September lalu menerusi platform permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG).


Menurut Muhd Irfan, selepas dua bulan berkenalan, dia meluahkan hasrat memperisterikan Nur Najihah dan berkat restu kedua belah keluarga, mereka selamat diijabkabulkan pada 12 Februari lalu.


“Jujurnya, saya tidak pernah terfikir menamatkan zaman bujang pada usia muda tetapi mungkin sudah sampai jodoh saya untuk berumah tangga.


“Saya tidak tahu keadaan isteri sehingga dia berterus terang namun tiada masalah untuk menerimanya kerana sudah tertarik dengannya sejak awal perkenalan lagi.


“Keluarga mulanya terkejut dengan keputusan drastik saya untuk berkahwin tetapi tidak menghalang. Cuma, mereka ada menasihatkan supaya berfikir masak-masak memandangkan saya masih muda dan mereka mahu saya sedar perkahwinan bukan perkara boleh dibuat main,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Muhd Irfan berkata, buat sementara waktu, dia dan isterinya tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing.


Namun, anak bongsu daripada empat beradik itu berkata dia tetap akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami termasuk memberi semangat kepada Nur Najihah supaya tidak berputus asa untuk kembali puIih.


Meskipun tiada pengalaman menjaga insan istimewa, Muhd Irfan bersyukur kerana ibu mentuanya, Rosita Mat Daud, 45, banyak memberi tunjuk ajar bagaimana menguruskan Nur Najihah.


“Alhamdulillah, ibu mentua saya banyak berkongsi perihal isteri jadi daripada situ, saya tahu bagaimana menguruskan keperluannya.


“Lebih menggembirakan saya apabila ibu mentua memberitahu isteri banyak berubah sejak saya hadir dalam hidupnya dan bersyukur kerana ramai mendoakan sejak kisah kami tular di laman sosial,” katanya.


Sementara itu, Nur Najihah bersyukur kerana dijodohkan dengan lelaki yang sudi menerima kekurangannya dari awal perkenalan sehingga kini.


Malah, Nur Najihah menganggap kehadiran Muhd Irfan memberi sinar baru dalam hidupnya yang hilang semangat selepas terbabit dalam kemalangan, tiga tahun lalu.


“Saya bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) ketika di tingkatan lima selepas motosikal dinaiki dengan bapa (Nazri Md Isa ,45) diInggar kereta sewaktu dalam perjalanan ke sekolah.


“Ayah terseIluh bahagian peha tetapi keced--eraan saya agak serius hingga Ivmp0h paras dada ke bawah malah kedua jari tangan juga tidak dapat digerakkan dan akhirnya gagaI menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


“Selepas kejadian itu, saya hlIang semangat malah lebih banyak habiskan masa di bilik dan tidak akan keluar walaupun ketika rakan datang kerana kurang keyakinan berdepan dengan orang lain, ” katanya .


Namun, hati Nur Najihah terbuka menerima Muhd Irfan selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan suaminya itu.


“Saya terima suami kerana nampak dia bersungguh untuk menjaga saya malah suami pernah beritahu dia mahu menjadi punca saya kembali bersemangat seperti dulu.


“Itu yang membuatkan saya terharu kerana bagi saya, payah untuk bertemu lelaki sepertinya lebih-lebih lagi dengan keadaan saya yang memiliki banyak kekurangan,” katanya yang kini menetap di Kerteh dekat Dungun, Terengganu.

No comments:

Powered by Blogger.