Header Ads

Boy Iman Nak Tahu Kenapa Gelaran Datuk Ditarik Balik

 


Boy Iman akui terkejut kerana dia mendapat tahu tentang perkara itu selepas dihubungi pihak media dan belum menerima sebarang surat rasmi berkenaan penarikan balik darjah kebesaran itu.


“Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran”



“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana.


“Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” katanya.



Dalam pada itu, Boy Iman berkata dia tidak akan teragak-agak untuk menulis sendiri surat kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab gelaran itu ditarik balik.


“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.


“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” katanya.

 

SUMBER  KOSMO!

No comments:

Powered by Blogger.