Header Ads

Ditawar Drama Hollywood Bukan Sebab SEKSl, Tapi Wajah EKSOTlK, kata Nadia Brian

 


Baru-baru ini pelakon cantik manis, Nadia Brian mengatakan ditawarkan peluang berlakon dalam drama hollywood namun dia terpaksa menolaknya kerana terdapat aksi yang tidak senonoh.Meskipun menyimpan impian untuk berlakon di luar negara lebih-lebih lagi di Hollywood, Nadia berkata dia tidak akan menggadaikan maruahnya dan sebagai seorang Islam dia masih tahu menjaga batas.


“Saya begitu teruja apabila dimaklumkan membawa watak kekasih kepada seorang pembnuh upahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui cerita lebih terperinci mengenai babak dalam drama ini, saya terdiam seketika.



“Saya diberitahu ada babak bogeI dan adegan r4njang dengan hero berkenaan. Bagi saya, drama Hollywood memang normal dengan babak panas, tetapi bukan di Malaysia.


“Saya tak sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, agama dan negara. Saya orang Islam dan Melayu, saya masih jaga semua batasan itu. Saya anggap bukan rezeki saya,” katanya.



Dalam pada itu, Nadia menyangkal pendapat mengatakan dia diberi tawaran tersebut kerana imejnya yang seksl tetapi kerana memiliki wajah eksotik serta sudah pasti bakat yang dilihat.


“Saya tak rasa sebab seksl saya ditawarkan watak berkenaan. Saya diberitahu, syarikat produksi Hollywood itu mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon.



“Bagi saya, tudhan ditawarkan watak berkenaan disebabkan seksl terlalu klise, stereotaip dan boring. Saya selesa menjadi diri sendiri, saya bukanlah seksl keterlaluan. Sebagai manusia biasa, saya juga mahu berubah ke arah kebaikan. Doakan saya berubah,” katanya.


 

SUMBER  BH ONLINE via rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.