Header Ads

Drama ‘7 Hari Mencintaiku 3’ Bakal Ditayangkan Tak Lama Lagi, Penerbit Kongsi ‘Teaser’ Yang Pasti Buat Korang Tak Senang Duduk!

 


Siapa saja yang tidak minat dengan drama bersiri yang boleh dikatakan paling popular di tanah air, iaitu 7 hari mencintaiku. Drama bersiri yang sungguh mengasyikkan ini dibintangi pelakon popular Syukri Yahaya dan Siti Saleha.


Untuk rekod, jumlah tontonan secara rasmi bagi 7 hari mencintaiku 2 yang juga drama karya Siti Rosmizah itu berjaya mencecah 12 juta tontonan! hebat bukan?


Terbaru,Siti Rosmizah mengumumkan bahawa drama ‘7 Hari Mencintaiku 3’ sebanyak 35 episod bakal menemui penonton tidak lama lagi di slot yang sama. Agak-agak konflik dan pengakhiran kali ni macam mana pula ye?


Hasil sentuhan yang lagi mer3ntap jiwa


Saya nak berkongsi sedikit salah satu faktor yang menyumbang pada kejayaan drama 7HM2 kerana saya diberi kebebasan oleh team TV3 BMPG untuk berkarya mengikut kreativiti saya. Bermula dari skrip, pemilihan lagu, montage sampai editing. Dari sudut pengarahan dan pelakon-pelakon juga diberi ruang untuk mereka berkarya. Alhamdulillah hasilnya lahir dengan satu Fenomena yang menggegarkan.


Saya percaya kreativiti amat penting dalam mencantikkan lagi drama. Bukan mudah untuk bawa jiwa dalam suatu drama. Jadi bila ruang diberi pada saya untuk berkarya maka segala emosi akan ada dalam drama itu. Terima kasih pada team tv3.

 Insya-Allah drama-drama saya yang lain akan saya suntik jiwa yang sama jika ruang itu terus diberi pada saya. 7HM3 akan menemui anda semua dgn hasil sentuhan yg lagi merentap jiwa. 7HM2 Mia kembali pada Khuzairi. 7HM3 nantikan kejutan pada setiap episod yang tidak akan terjangka.


Menurut Siti Rosmizah, dia diberi kebebasan sepenuhnya oleh pihak TV3 ketika berkarya dalam drama 7HM2. Oleh itu, ianya juga merupakan salah satu foktor yang menyumbang pada kejayaan drama tersebut. Tambahnya, 7HM3 akan ditayangkan tidak lama lagi dan dia pasti penonton akan terkejut dengan pelbagai kejutan yang tidak dijangka.


“Ibu kawan Alisa, mama dia matl, dia dah tak ada mama. Alisa tak nak ibu matl. Alisa Sayang ibu.”  “Abang long, boleh kita bawak j3nazah masuk?” “Ya Allah nak! Kuat nak! Mak tahu kau kuat. Kita semua kena kuat. Allah lebih sayangkan dia.”


Sementara itu, Siti Rosmizah turut memberi sedikit teaser mengenai dialog 7HM3. Menerusi dialog yang diberikan, rata-rata netizen membuat ramalan bahawa Mia (Siti Saleha) bakal meninggaI dunia di akhir drama tersebut.


Harap jalan cerita tak sama



Rata-rata netizen meluahkan perasaan teruja untuk menonton drama 7HM3. Namun, mereka turut berharap jalan cerita drama ini tidak sama dengan musim pertama dan kedua. 

Tambah netizen, mereka mahu melihat Mia dan Mak Leha berbaik dalam musim ketiga ini.


Sumber : Siti Rosmizah via ohbulan

No comments:

Powered by Blogger.