Header Ads

Hot FM Tamatkan Kontrak Shuk Sahar berkuatkuasa hari ini.

 


Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak pengurusan radio HOTFM telah menggantung tugas Shuk Shahar sebagai penyampai radio HOT FM apabila beliau terpaIit dengan kontr0versi bermain kayu tiga dengan seorang wanita seperti yang didedahkan oleh isterinya beberapa minggu yang lalu.


Menerusi laporan dari mStar Online, Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens dan Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mendapati Shuk telah m3Ianggar kontrak dan terma perjanjian.


"Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini (Khamis).


"Selepas selesai slasatan dalaman mendapati berlakunya peIanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.


"Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini," katanya menerusi satu kenyataan media.


Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan slasatan dalaman yang terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.


Pada Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen GPH.


Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.


Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH dapat memberikan nafas baharu kepada stesen radio berkenaan.


"Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.


"Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.


"Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM," ujarnya.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.