Header Ads

Ini respon padu Bossned selepas netizen kecam gambar Nora Danish ketipkan kuku kakinya

 


Setiap pasangan suami isteri ada cara masing-masing untuk menghargai dan mengeratkan hubungan suami isteri. Jika sebelum kerajaan melaksanakan perintah PKP ada pasangan suami isteri yang mengambil peluang untuk berjalan-jalan cuti namun kini ramai mengambil inisiatif untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri dengan cara seperti memasak bersama, mengemas rumah bersama dan lain-lain lagi.


Setiap pasangan ada cara tersendiri. Begitu juga dengan pasangan bahagia Nora Danish dan Nedim Nazri, pasangan yang kurang terpalit dengan kontroversi ini ada memuat naik gambar isterinya sedang mengetip kuku kaki suami.

Namun gambar tersebut telah menarik perhatian segelintir netizen dan ada yang menyatakan rasa kurang puas hati.


Ada netizen menasihati Nedim supaya tidak melayani isteri seperti seorang pembantu rumah. Lihat apa respon Nedim ini…




‘Isteri cinta hatiku’


Gambar memaparkan Nora Danish sedang mengetip kuku kaki suaminya itu dimuat naik melalui laman Instagram Nedim sendiri. Disertakan dengan kapsyen gurauan yang ditulis Nedim.


Ingatlah wahai isteriku, duniyaku… kalau ada terbau apa-apa, itulah syurgamu sayang.


Namun, foto berkenaan timbul rasa kurang senang netizen lalu memperingatkan Nedim untuk tidak memperlakukan seorang isteri seperti pembantu rumah.


‘Isteri bukan pembantu rumah’



Bagaimanapun, segelintir netizen menyifatkan perbuatan mengetipkan kuku suami itu adalah sunnah dan merupakan salah satu cara untuk pasangan suami isteri mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara mereka.


‘Pembantu rumah kena potongkan eh?’


Bukan itu saja, Nedim juga memberi respon terhadap teguran pengguna media sosial itu. Nedim mempersoalkan adakah mengetip kuku kaki suami dilakukan oleh pembantu rumah? 


Tambah Nedim lagi, berkemungkinan seorang isteri itu sanggup untuk menjaga kebajikan dan kebersihan suami adalah disebabkan suaminya telah menjaga dia dengan sebaiknya.


Malah, pengikut yang lain turut kelihatan menyokong Nedim dan menyifatkan tiada masalah sekiranya seorang isteri yang memotongkan kuku suami, asalkan bukan perempuan lain.


Sumber: Boss_ned via ohBulan

No comments:

Powered by Blogger.