Header Ads

Kalau Orang Putih Cakap Melayu Salah Kau Kata Comel…, kata Siti Sarah

 


Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai teguran terbuka bagi kesaIahan sebutan bahasa Inggeris. Perkara itu turut mendapat perhatian Siti Sarah yang kurang senang dengan sikap suka mencari saIah.


Menerusi di Twitter, Sarah berkata isu sebutan atau kesaIahan tatabahasa adalah perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Malah, ramai orang putih juga tidak menggunakan tatabahasa yang betul.


“Kadang Sarah tak faham kenapa orang kita ni suka sangat nak cari saIah orang. Lagi-lagi bila orang tu cakap dalam bahasa Inggeris. Kita makan budu, sambal belacan mesti ada lidah keras tu.


“Orang putih betul pun berterabur bila cakap tak ikut tatabahasa pun! Kita beria kalau cakp English kena cakap macam dalam buku, apo?? Sebut tak betul tu okey je, negara lain rileks je,” katanya.


Sarah turut menyeIar sikap segelintir pihak memuji apabila orang putih cakap bahasa Melayu saIah tetapi memperlekehkan jika orang Melayu saIah ketika bercakap bahasa Inggeris.


“Apa yg nak dibangga sangat dengan bahasa dia org semua kene ikut tutur buku?



Dia org belum tentu boleh cakap melayu dengan sebutan yg perfect Face with tears of joy kalau org putih cakp melayu saIah kau kata comel.. kalau melayu cakap org putih saIah kau kata b0doh,” katanya.


Dalam pada itu, Sarah turut memberi nasihat kepada netizen yang ingin mencuba bercakap dalam bahasa Inggeris supaya membuang perasaan maIu.


“Tak payah maIu kalau tak reti sebut perkataan english. Yang penting ada usaha nak cuba. Lama-lama okay la tu kan? Kadang kita ni terikat dengan loghat dan percakapan seharian.


“Sedangkan kalau kita baca Al Quran kalau pelat tak boleh sebut pun , sekiranya kita cuba juga itu pun pahala. Apa yg memalukan, kita ni sibuk cari salah org salah sendiri besar gajah pun tak nampak,” katanya.


Terdahulu, tular mengenai tindakan pelakon dan penyanyi Adibah Noor menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris personaliti televisyen serta ahli politik yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.