Header Ads

Lelaki ini kongsi video dia berubah menjadi wanita, namun isterinya tetap setia dan terima suami seadanya

 


Sepasang suami isteri dari Kelantan jadi viral dah raih perhatian netizen apabila video mereka viral di tiktok selepas pendedahan kisah peribadi yang selama ini menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.


Kisah mereka bukan sesuatu yang biasa dalam kalangan masyarakat, tambahan lagi apabila melihat si isteri bersuamikan seorang lelaki ‘mak nyah’.


Kongsi transformasi


Pasangan suami isteri itu mula mendapat perhatian di TikTok apabila si suami yang menggunakan akaun bernama @abe_pink86, mendedahkan dia masih bahagia bersama isterinya walaupun sudah menukar diri menjadi seorang ‘mak nyah’.


Turut dikenali sebagai Abe Pink, lelaki yang berusia 35 tahun itu berkongsi cerita perubahan penampilannya menerusi beberapa video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

 

Menurutnya, dia mengubah penampilan kepada seorang wanita sejak beberapa tahun lalu.


Isteri tetap setia di sisi


Walaupun sudah beristeri, dia nekad dan tetap meneruskan niat menukar dirinya menjadi mak nyah. Namun begitu, dia dan isteri tidak pernah terfikir untuk berpisah dan masih menjadi pasangan suami isteri yang sah.


Malah, isterinya yang dikenali sebagai Yana tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.


Ujian Allah




Mungkin perubahan yang berlaku terhadap Abe Pink merupakan satu ujian dan dugaan Allah ke atas dirinya. Abe Pink turut menyatakan dia juga tidak meminta perkara itu terjadi ke atas dirinya.


Dalam pada itu, majoriti pengikut mendoakan agar dia berubah ke jalan yang benar, malah Abe Pink sendiri memohon warganet mendoakan supaya dirinya kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.

 

Isterinya turut menerima pujian dan disifatkan sebagai seorang yang ‘tabah’ kerana sanggup menerima kekurangan suaminya dengan seadanya.


Semoga kekal bahagia


Semoga ‘abe’ kembali ke fitrah


Semoga kesetiaan dan kasih sayang isteri jadi asbab berubah


Berubah perlahan-lahan


Wanita yang baik menerima kekurangan suami

Sumber: TikTok @abe_pink86 credit OMM


No comments:

Powered by Blogger.