Header Ads

Nelayan miskin terjumpa sebutir mutiara oren melo RM1.3 juta

 


Seorang nelayan miskin bakal menerima habuan besar selepas menemui mutiara oren Melo yang sangat jarang ditemukan bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) di pantai Thailand. 


Lapor Daily Mail, Hatchai Niyomdecha, 37, sedang mengutip cangkerang dengan keluarganya di wilayah Nakhon Si Thammarat, 27 Januari lalu. 


Hatchai menemui pelampung yang dibuang dengan beberapa cangkerang termasuk tiga cangkerang siput.  


Dia memberikan cangkerang siput kepada ayahnya, Bangmad Niyomdecha, 60, yang membersihkannya sebelum menemui mutiara sebesar wang syiling 10 sen. 



Mutiara Melo terbentuk dalam cangkerang siput dikenali sebagai Melo Melo yang menumpang hidup di dalam cangkerang itu, tidak seperti mutiara tradisional yang dijumpai dalam tiram. 


Hatchai memanggil isterinya, Worachat Niyomdecha, 35, dan dua anak lelakinya untuk melihat mutiara itu yang seberat 7.68 gram. 


“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu bukan sahaja dapat mengubah hidup saya bahkan ia akan mengubah masa depan dan keluarga saya dapat menikmati kehidupan lebih baik,” katanya. 



Hatchai berkata, sudah dua orang pembeli menyatakan minat untuk membeli mutiara itu, namun, disebabkan harga yang ditawarkan tidak begitu tinggi, dia menolaknya. 


Bagaimanapun, dia mungkin akan bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh seorang pembeli dari China yang menawarkan harga sebanyak 250,000 pound.  


Sumber : utusan

No comments:

Powered by Blogger.