Header Ads

Pasangan bahagia tidak akan tayang semua benda di media sosial

 


Orang dulu dengan orang sekarang memang jauh sangat berbeza. Jika dulu kebahagiaan pasangan suami isteri tidak akan ditonjolkan di khalayak ramai dan cukuplah hanya mereka yang tahu dan rasa.


Namun sekarang, setiap apa yang dibuat pasti akan dikongsikan di media sosial.Bukan setakat kongsi gambar bercuti, malah ada yang sengaja muat naik hadiah mahal dan makanan taraf kayangan, ada juga yang tanpa segan silu muat naik hal dalam kain kepada umum..Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.


Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…



Ini Sebab Tak Pamer Bahagia Di Media Sosial

1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa

Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.


Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.


2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.



Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.


3. Risau takut masuk kategori RlAK

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?


4. Tak nak bahayakan kehidupan keluarga

Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.



5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.


6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

No comments:

Powered by Blogger.