Header Ads

Pemilik Bunga Tangan Intan Ladyana Kecewa Hasil Kerja ‘Diciplak’ Senyap-Senyap Tanpa Pengetahuannya, Ini Yang Sebenarnya Berlaku

 


Semalam pasangan selebriti popular, Intan Ladyana bersama pasangannya, Harris Aliff telah selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dengan sekali lafaz.

Ramai netizen yang memuji kecantikan dan ketampanan pasangan pengantin ini. Namun ada cerita tidak best kedengaran apabila timbul isu bunga tangan ataupun hand bouquet yang digayakan oleh Intan pada hari pernikahannya itu sebenarnya adalah hasil kerja pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my dan bukan daripada rakan penaja @haejabudiman.co.


Untuk rekod, pemilik kedai bunga tangan @fleurytale.my yang dikenali sebagai Elissa memberitahu kepada Hot FM bahawa beliau telah menerima tempahan daripada @haejabudiman.co, namun tidak mengetahui bahawa mereka juga pemilik bisnes bunga tangan (florist) dan merupakan penaja kepada hari pernikahan pelakon berkenaan.

Menurut Elissa, beliau tidak mengenali individu yang membuat tempahan tersebut, pada mulanya dia menyangka bahawa tempahan bunga tangan itu ditempah oleh florist berkenaan untuk rakannya kerana florist itu enggan mengisi maklumat yang diperlukan seperti laman Instagram beliau.

“I was contacted by someone which i didn’t know that she was also a florist. So initially i had no knowledge whatsoever and i thought she was just buying it for her friend. For bookings i had a form for my clients to fill out their details including their instagram @, which she didn’t fill it in so i assumed she just doesn’t have an ig”


Malah florist berkenaan juga tidak mahu Elissa meletakkan apa-apa kad yang memaparkan brand beliau di bunga tangan berkenaan.

“She then said to not include any card. At first, i was like oh i don’t put any cards just my brand tags. And she specifically said not to put it, so i respected her request.”

Tidak menyangka keesokan harinya, Elissa mendapati bahawa bunga tangan yang telah digubahnya itu dijumpai di laman explore Instagram, tetapi hasil kerjanya itu telah dikreditkan kepada florist tersebut dan bukan mereka.

“So the next day (which is 6th February), intan was on my explore page which the bouquet seemed extremely familiar. Then it was in fact my work since the similarities were way too much, as even the ribbon colour was the exact one i did. Then i saw it was credited to Haejabudiman.co.”


Meluahkan rasa kesal, Elissa merasakan bahawa dirinya ditipu dan kecewa kerana florist berkenaan tidak bersikap jujur dalam hal tersebut.


Sementara itu, Elissa ketika dihubungi Hot FM berkata, beliau sudah menghubungi florist berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“I contacted them again and she apologised cus she was in her confinement period and she can’t fulfil their request. It’s actually a sponsorship contract between them. But i’m not so sure if she gets the facts that it is actually unethical for her to do that since she just rips off my work, claim it as hers as it’s all over social media” 

Menurut Elissa, pemilik florist berkenaan memberitahu beliau bahawa dirinya kini sedang berpantang dan tidak dapat memenuhi permintaan awal sebagai penaja seperti yang dipersetujui di dalam kontrak.

Disebabkan itu mereka terpaksa berbuat demikian dan turut memohon maaf dengan apa yang berlaku.


Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Elissa meminta kepada semua untuk tidak membuat apa-apa kenyataan kontroversi kerana isu berkenaan masih dalam siasatan pihak mereka.

Malah, difahamkan pihak pengurusan pelakon berkenaan juga sudah mengetahui mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya antara kedua-dua belah pihak.

Harap Elissa dan florist berkenaan dapat selesaikan isu ini secara baik dan profesional.

Setiap suatu masalah, pasti ada jalan penyelesaian.

 

Sumber : Elissa (Pemilik @fleurytale.my) via hotfm

No comments:

Powered by Blogger.