Header Ads

Perkahwinan Impian Neelofa tidak kesampaian gara-gara PKP

 


Jika sebelum ini hubungan antara Selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa dengan tunangnya PU Riz ada sedikit masalah, namun para peminat tanah air kini boleh menarik nafas lega kerana hubungan pasangan sama cantik sama padan ini dikatakan sudah semakin pulih.

Dijangka bakal melansungkan perkahwinan pada Mac depan, Neelofa percaya bukan sahaja majlis perkahwinan impiannya sahaja hncur gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah orang lain turut berdepan situasi sama.


“Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa k0rbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.



“Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemlk dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dik0rbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja.



“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana C0vid-19,” katanya.


Ditanya mengenai desas-desus mengatakan majlis akan dipercepatkan, Neelofa berkata dia sendiri masih belum mempunyai jawapan mengenai perkara itu.



“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.


“Banyak perkara yang masih belum jelas. Hubungan saya dengan Riz bagaimanapun semakin baik dan positif. Alhamdulillah. Saya akan kongsi, jangan risau,” katanya.

 

SUMBER: KOSMO

No comments:

Powered by Blogger.