Header Ads

Puluhan peIarian Rohingya ditahan di perairan Malaysia

 


Puluhan warga Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dithan ketika mendarat di perairan Malaysia dengan bot baru-baru ini, selepas meIarikan diri dari sebuah kem pelarian di Indonesia.


Menurut pihak polis hari ini, hampir 400 etnik minoriti Islam dari Myanmar itu tiba dengan bot di Lhokseumawe tahun lalu, selepas melalui perjalanan berbhaya.

 

Dianggarkan, kini hanya tinggal 100 warga Rohingya di kem peIarian terbabit berbanding lebih 400 ketika mereka diselamatkan kira-kira tiga bulan lalu.


Dipercayai, ramai yang kembali mendapatkan khidmat penyeludup bagi menyusup masuk ke Malaysia dengan merentasi laut, kebanyakannya wanita yang mahu menemui pasangan masing-masing di sini.


Secara amnya, Malaysia dengan majoriti penduduk beragama Islam menjadi destinasi utama warga Rohingya yang melarikan diri daripada penderltaan di kem peIarian di Bangladesh.


Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar, memberitahu AFP bahawa sebuah bot berjaya dipintas bulan lalu.


“Ia membawa 36 orang iaitu 31 warga Rohingya serta lima rakyat Indonesia dan dipintas ketika ketika mendarat di pantai barat Malaysia pada 6 Januari lalu.


“Mereka memasuki Malaysia dengan bot dari Tanjung Balai (di pulau Sumatera, Indonesia) dan mendarat di pantai di sini,” katanya.

 

Pendatang etnik Rohingya itu termasuk 17 wanita, tujuh lelaki, lima kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.


Menurut Abdul Rahim, kesemua mereka dithan dan 21 orang didakwa memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah manakala dua orang lagi didkwa di bawah undang-undang antl pemerdgangan manusia.


Berita mengenai pendaratan bot seiring dengan rekod pihak bertanggungjawab di kem peIarian Rohingya di Indonesia, yang memberitahu AFP minggu ini bahawa sejumlah wanita diseludup ke Malaysia.


Menurut kumpulan hak asasi manusia dan kebajikan Rohingya, ada yang dithan dan ada yang dipercayai berjaya masuk ke negara ini untuk bertemu dengan pasangan mereka.


Dianggarkan hampir satu juta warga Rohingya tinggal di kem peIarian di Bangladesh yang diwujudkan ekoran tindakan keras oleh tentera Myanmar pada 2017 yang mendorong mereka lari dari negara miskin di Asia Selatan itu.


Selama bertahun-tahun, ramai yang mencuba untuk melarikan diri dengan menaiki bot ke Malaysia dan sanggup berdepan penderltaan mengerlkan selain perjalanan berbulan lamanya.


Difahamkan, lebih 100,000 warga Rohingya tinggal di Malaysia dan berdaftar sebagai peIarian tetapi tidak dibenarkan bekerja, sekali gus memaksa mereka bekerja secara haram dan dibayar gaji rendah. – AFP

No comments:

Powered by Blogger.