Header Ads

"Sejujurnya ia menyakltkan" - Ameera Khan Akui Terasa Hati Netizen Selalu Dibandingkan Dengan Kakak

 


Dalam kalangan adik-beradik selebriti popular ini, selain dari kakaknya Noor Neelofa ada seorang lagi yang sentiasa menjadi perhatian netizen.Tidak lain dan tidak bukan adalah Ameera Khan yang lebih dikenali dengan gelaran Little Miss Khan.


Apa yang dibuat atau diupdate di laman sosial sentiasa menarik perhatian ramai.


Baru-baru ini Ameera Khan ada meluahkan perasaan tidak senang apabila sering dihujani dengan komen negatif di media sosial miliknya.Ameera akui kadang kala dia tergnggu lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan kakaknya.



“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan. Cuma saya rasa, saya agak bijak dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen.


“Terutamanya apabila mereka membandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakltkan tetapi, saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” katanya.


Perbezaan usia 11 tahun dengan Neelofa, Ameera berkata perjalanan hidupnya masih jauh lagi. Ujarnya lagi, apa yang dikongsikan di media sosial tidak memaparkan gaya hidupnya secara keseluruhan.


“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan.


“Hanya dua peratus sahaja apa yang saya tunjukkan di media sosial tetapi ada yang menganggap mereka tahu semuanya. Inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakltkan,” katanya.



Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.