Header Ads

Sweet Qismina Luah Rasa Tak Puas Hati Kenapa PM Boleh Pergi Indonesia Tapi Abangnya Tidak

 


Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan kerja ke negara jiran, Indonesia sejak semalam.


Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati pelakon Sweet Qismina yang mempersoalkan tindakan Muhyiddin itu. Sweet berkata lawatan itu adalah perkara tidak wajar terutamanya sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




Katanya lagi, abangnya antara individu paling terkesan dengan larangan ke luar negara selepas setahun tidak pulang ke Indonesia untuk bertemu isterinya.


“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas. Dia baru kahwin. Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” katanya.


Seperti sudah dijangka, status Sweet itu mengundang kecaman netizen yang mengatakan Muhyiddin ke Indonesia atas urusan kerajaan, bukan sebab peribadi.


Difahamkan, Muhyiddin mengadakan lawatan kerja dua hari ke negara itu setelah menerima jemputan Presiden Joko Widodo. Ia merupakan lawatan pertama sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.