Header Ads

(VIDEO) Norman Hakim Dipuji Netizen Sebab Tak Pernah Lupa Nafkah Abby Abadi

 


Meskipun sudah lama berpisah namun pelakon Abby Abadi masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya pelakon berbadan sasa, Norman Hakim demi anak-anak mereka.


Malah, Abby turut menjalin hubungan persahabatan sangat akrab dengan isteri Norman iaitu pelakon Memey Suhaiza serta sering dijadikan contoh sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.


Baru-baru ini, Memey ada berkongsikan video suaminya dilihat sedang mengira duit untuk diberikan sebagai nafkah bulanan untuk dirinya dan bekas isterinya.



Menerusi perkongsian itu, Memey memahami tanggungjawab besar yang dipikul oleh ketua keluarga serta mendoakan kaum lelaki bergelar suami dan bapa sentiasa dilimpahkan rezeki.


Perkongsian Memey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira serta mengagumi keperibadian Norman yang cukup bertanggungjawab demi anak-anak.

Berikut adalah respon dari netizen yang rata-rata kagum dan puji dengan sikap Norman Hakim yang tidak pernah lupa menunaikan tanggungjawapnya kepada anak-anak.





Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada 2002 namun bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. 

Norman kemudian mendirikan rumah tangga dengan Memey pada 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.