Header Ads

(VIDEO) Ramai Tidak Setuju Dengan Syafiqah Aina, Tegaskan Rezeki Semua Datang Dari Allah

 


Perkongsian video yang dimuat naik pengasas produk kecantikan, Syafiqah Aina telah menimbulkan kecaman dari netizen.


Video yang berdurasi 54saat itu memberikan pesanan kepada kaum lelaki agar lebih hargai wanita terutamanya mereka yang bergelar pasangan halal mereka.


Ini kata-kata beliau dalam perkongsian video tersebut.


"Perempuan sekarang ni dah lain. Once she comes back, she will coming back even stronger than you thought she could be!


"Lelaki patut takut, wanita sekarang boleh jadi hebat tanpa bergantung pada sesiapa. Jagalah kepercayaan yang diberi," tulisnya.


Selain dari aksi bergerak setempat yang dirasakan oleh netizen seakan bergerak atas treadmill kelihatan seakan canggung, kenyataan selebriti media sosial itu juga turut menjadi perhatian netizen.


"Hey lelaki, kamu bukan sahaja gemukkan kami 9 bulan, kamu kena gemukkan hati kami dengan kebahagiaan.

"Pernah tengokkan, ramai lelaki jatuh? Rezeki kamu datang dari reda kami. Jangan leka sangat dengan kecantikan sementara di luar sana.

"Kecantikan kami boleh dibina, sebab kami wanita 2021," katanya.

Kenyataan itu dianggap kurang tepat malah ia mendapat perhatian pendakwah selebriti, Aiman Banna.


"Rezeki kita datang dari redha Tuhan, bukan dari redha perempuan.

"Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki itu hanya dan hanyalah Allah. Tiada makhluk boleh mengambil jawatan Tuhan ini sampai hari kiamat.

"Adapun begitu, kita wajib layan perempuan seiiringan dengan apa yang Allah redha, yakni apa yang ada di dalam Quran & Sunnah.

"Wahai lelaki, bertuhankanlah Allah, janganlah 'bertuhankan' perempuan. Sayangilah Allah melebihi semua makhluk," tulisnya.


Video tersebut terus mendapat perhatian dan jadi pendebatan hangat terutamanya di Twitter. Masing-masing tampil dengan pandangan dan pendapat sendiri, ada yang bersetuju dan ada yang membangkang.


Aku post kat status wasap yg pasal syafiqah aina kata redha suami isteri bla bla tu pastu ada aiman banna kata rezeki tu semua datang dari Allah. Eh ada yang triggered kata kalau suami tak hormat isteri. and i was like "eh lantak kau la. tu hal kau.

— فطن? #stayathome ?? (@Fanaisy_) February 4, 2021







No comments:

Powered by Blogger.