Header Ads

Cadangan Mansuh Cuti Penggal, Elak Murid Ketinggalan Dalam Pelajaran, kata MIMBAR

 


Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan supaya semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan.


Yang Dipertuanya, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini.


“Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan kurang sikit signifikannya cuti penggal ini sebab mereka dah terlalu lama berada di rumah.

 

“Jadi mereka ini dah banyak ketinggalan, justeru ibu bapa minta saya mengutarakan supaya dipertimbangkan untuk ditiadakan cuti penggal,” ujarnya.


Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasrama supaya melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan k.etat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.


“Kita berharap pemantauan SOP ini dapat dijalankan dengan teratur dan efektif yang mana bila anak-anak balik ke asrama mereka tidak dijan.gklti.


“Pelawat atau orang luar yang masuk ke kawasan sekolah harus diperl.ksa dulu mengikut SOP yang ditetapkan sebab kita tidak mahu orang luar yang masuk ke kawasan sekolah bawa vl.rus dan menyebabkan timbulnya kIuster baharu,” tambahnya lagi.


Sehubungan itu, pihak sekolah disaran mewujudkan pusat sehenti pemeriksaan keslhatan yang dikendalikan ibu bapa secara sukarela bagi membantu mengelakkan penuI.aran wa.bak C0VID-19 dalam kalangan pelajar.


Beliau berpendapat dengan adanya pusat sehenti itu, ia dapat meringankan beb.anan guru.


No comments:

Powered by Blogger.