Header Ads

Ini cara yang betul kalau nak sebut nama Isaac Raees, ajar Zahirah Macwilson kepada netizen

 


Selepas hampir tiga bulan, beberapa hari lalu pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mendedahkan wajah anak sulung mereka yang diberi nama Isaac Raees.


Menerusi Insta Story, Zahirah memberitahu dia menerima banyak pertanyaan mengenai pemilihan dan cara sebutan nama anaknya yang betul.


Zahirah berkata dia sudah memanggil anaknya dengan nama Isaac sejak dalam perut lagi dan pemilihan nama itu disebabkan keunikan ejaan dan dia mahukan nama dengan makna Islamik namun jarang digunakan.


“Saya sukakan nama Isaac. Nama itu termasuk dalam senarai lima nama yang saya simpan dalam telefon. Ibu saya pun suka dan bila saya cadangkan kepada Aiman, dia pun suka.


“Sejak kand.ungan saya mencecah empat, lima bulan, kami sudah mula panggil bayi kami degan nama Isaac. Raees juga ada dalam senarai saya.


“Saya suka ejaan yang unik. Saya mahu sesuatu dengan makna Islamik tapi pada masa yang sama rare. Isaac Raees sempurna untuk kami,” katanya.



Menerusi entri itu, Zahirah turut mengajar cara sebutan Isaac bukan dengan menyebut Aizat tetapi gabungan ‘eye’ dan Zac.


Zahirah selamat meIahirkan seorang bayi lelaki pada 5 Januari 2021 di Australia. Oktober tahun lalu, Zahirah dan Aiman mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga selamat meIahirkan.

 

SUMBER  MSTAR ONLINE via rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.