Header Ads

Kami Matang Dan Tahu Apa Yang Kami Inginkan Sebagai Pasangan Hidup, Kata Noor Nabila

  


Sejak darui minggu lepas lagi, viral di laman sosial kononnya kakak kepada selebriti dan juga usahawan berjaya Neelofa iaitu Noor Nabila dikatakan mempunyai hubungan dengan bekas suami kepada Erra fazira iaitu Engku Emran. 


Namun teka-teki itu sudah terjawap apabila pasangan sama cantik sama padan itu telah sah bergelar pasangan suami isteri apabila mereka diijabkabulkan di Masjid At Taqwa pada jam 10 pagi tadi.


Menafikan desas desus mengikat tali pertunangan seperti didakwa sebelum ini, Nabila berkata dia mula mengenali suaminya pada Ogos lalu.


“Kami tidak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenali Engku Emran sekitar Ogos, tahun lalu. Waktu itu, kami hanya berkawan.




“Kami mula rapat sekitar hujung tahun lalu. Malah, kami berkongsi minat sama dalam sukan berbasikal,” katanya.


"Majlis hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan sahaja. Kami buat apa yang wajib, selain bersederhana.


"Apa yang penting, kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,"

 

Keduanya pernah berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini, Nabila berkata mereka semakin matang dan tahu apa yang diinginkan untuk rumah tangga.



“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga, sebelum ini. Jadi, kami agak matang dan tahu apa yang diinginkan sebagai pasangan hidup. Insya-Allah, kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.


Untuk rekod, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz Ahmad namun bercerai pada Julai lalu secara hakam. Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.


Engku Emran pula bercerai dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.Beliau juga adalah bekas suami kepada Erra Fazura dab dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.


Sumber : Berita Harian

No comments:

Powered by Blogger.