Header Ads

Murtad tak dibenarkan kenapa Iompat parti boleh dalam politik? Tanya Guan Eng

 


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan isu wakil rakyat l0mpat parti akan dibawa ke mhkamah walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan.


Menurutnya, tidak wajar bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempertahankan tindakan wakil rakyat sedemikian sekiranya mereka mend4kwa sebagai sebuah pentadbiran yang berpegang pada prinsip-prinsip bersih.



“Sebagai seorang beragama Islam, murtad itu tidak dibenarkan kenapa Iompat parti boleh dalam politik? Kami akan tetap rujuk kes lompat parti ini ke m4hkamah,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang hari ini.


Mengulas isu yang sama, Guan Eng juga menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung isu lompat parti jelas meI.anggar prinsip pemimpin partinya  terdahulu.


“Kenyataan Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas meI.anggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin Pas seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.



Semalam, media tempatan melaporkan tindakan wakil rakyat sama ada ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihaI.ang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti L0mpat Parti, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana mereka perlu meminda Perlembagaan.


“Akta Anti L0mpat Parti di Pulau Pinang terse.kat kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu.


“Pengubalan akta berkenaan tertakluk kepada perintah mhkamah yang sebelum ini telah memutuskan sebarang undang-undang berkaitan anti I.ompat parti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah,” ujar Takiyuddin. – MalaysiaGazette

No comments:

Powered by Blogger.