Header Ads

Netizen Hairan Kenapa Rita Rudaini Hantar Anak Ke Sekolah Swasta Kalau Nafkah Anak Tak Cukup?

 


Berikutan isu nafkah anak, ada suara-suara mempertikaikan kenapa Rita Rudaini menghantar Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke sekolah swasta jika merasakan wang nafkah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan tidak mencukupi.

"Ada pula yang kata. Duit RM3,000 ni cukup. Bagi yang cukup, cukuplah dia. Tapi betul ke cukup? Kira betul-betul. Walaupun ada yang mempertikai saya hantar anak bersekolah di sekolah swasta. Ada yang cadangkan saya hantar mereka ke sekolah kerajaan.


"Apa ingat sekolah kerajaan seringgit je ke? Sekolah kerajaan sekarang tak macam zaman kita dulu.


"Walaupun sekolah kerajaan, kerja sekolah kena print, kena ada printer dan juga laptop. Zaman kita dulu semua cikgu sediakan tapi sekarang semua kena buat sendiri," katanya kepada Media Hiburan.



Sebaliknya, Rita menjelaskan tindakannya menghantar anak ke sekolah swasta kerana merasakan dirinya mampu, bukan untuk berlagak.


"Saya pilih sekolah itu sebab ciri-ciri keselamatan dia memang ketat. Bukanlah niat saya nak kata sekolah kerajaan ni tak ketat tapi kita pun nampak macam bila tamat sesi persekolahan, ramai yang duduk di luar pagar.


"Macam di sekolah anak saya, tak boleh berada di luar pagar. Mereka kena ada di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa datang ambil dan cikgu pula lepaskan sorang-sorang. Itu yang saya nak sebenarnya," ujarnya.





Dalam masa sama, Rita menjelaskan tidak pernah terdetik di hatinya mengungkit kembali soal pemberian nafkah anaknya.

Katanya, dah lama dia akan berbuat demikian jika berniat begitu.


Saya pun tak pernah pergi ke mhkamah buka fail baru. Jadi tiada isu tetapi pihak di sana yang mulakan dulu. Masa tu dia tak sebut amaun berapa jadi saya pun sebutlah," jelasnya.

Sumber : media hiburan

No comments:

Powered by Blogger.