Header Ads

Nonny Nadirah buat hal lagi, kali ini muat naik gambar dalam baldi tanpa pakai baju pula!

 


Baru-baru ini Nonny Nadirah mengejutkan dunia hiburan tanah air apabila memaparkan gambar tidak bertudung selepas sekian lama menghiIangkan diri dari dunia hiburan.


Ingatkan semua ini berakhir selepas menerima banyak keca.man dan nasihat dari rakan dan netizen, namun malam tadi pelakon ini membuat kejutan yang lebih ber.ani.Semalam Nonny memuat naik gambar dipercayai dirinya di dalam baldi berisi air tanpa berpa.kaian.


Ternyata posting gambar terbaru kali ini lebih mengejutkan netizen yang seakan-akan tidak percaya dengan perkara tersebut.



Hantaran itu menerima pelbagai reaksi termasuk daripada sahabat baiknya yang juga penyanyi, Mila Jirin yang jelas kecewa dengan tindakan Nonny itu.


"Aku dah tak nak tegur. Aku dah tak nak cakap. Aku dah penat menangis untuk kau sahabat!


"Andai kau betul-betul perlukan perhatian sebegini sahabat, teruskan Nonny! Kau mungkin dapat nikmat di dunia, tetapi tidak di akhirat," tulisnya di ruangan komen.


Menurut Mila, dia hanya mampu mendoakan Nonny yang sebelum ini sudah tampil bertudung kembali ke jalan yang sepatutnya.



"Aku hanya mampu mohon Allah jentik hati kau kembali ke landasan. Aku tak baik, tapi aku dah cuba sebaik-baiknya tarik kau!


"Tapi, hari ini aku tahu, hanya aku sayang kau sebagai sahabat. Tetapi, tidak kau! Kau tak peduli pun sahabat kau! Nasihat orang yang sayang kau!


"Syabas, kau dapat semula populariti. Ingat Nonny. Populariti di dunia ini belum tentu dapat bawakan sepinggan nasi kepada kau! Assalamualaikum," tulisnya.


Sementara itu, seperti juga sebelumnya, Nonny terus mengambil pendekatan mendiamkan diri tanpa memberi sebarang reaksi terhadap tindakannya itu.


Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.