Header Ads

Pelajar ini tampil mohon maaf kerana MENGHlNA guru selepas tamat SPM

 


 Seorang pelajar yang menc.arut guru dengan menc0nteng di belakang baju sekolah sambil menunggang motosikal mengaku bers4Iah dan mem0hon maaf atas tindakannya itu.


Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Kota Bharu itu turut menjelaskan motosikal yang ditunggangnya itu bukan miliknya.


"Saya mengaku s4Iah secara terbuka atas kes4Iahan saya yang menulis perkataan menc.arut guru di belakang baju sekolah.


"Motosikal yang saya tunggang juga bukan motosikal saya, pemilik motosikal adalah kawan kepada abang saya. Pemilik motosikal tidak bersaI4h, yang bersaI4h adalah saya.



"Pemilik motosikal juga bekerja di luar Kelantan. Sekali lagi saya mem0hon maaf dan meminta semua pihak tidak menyebarkan gambar pemilik motosikal kerana dia tidak bers4Iah," katanya yang memuat naik status di Facebook.


Sementara itu, pemilik motosikal yang mahu dikenali sebagai Muhammad Afiq, 22, berkata motosikal berkenaan ditinggalkan di kampung untuk kemudahan adik-adiknya sementara dia bekerja di luar Kelantan.


Katanya, dia hanya mengetahui motosikal miliknya tular sejak kelmarin dan pelajar yang menunggang motosikal itu adalah kawan kepada adiknya.


"Saya sudah berusia 22 tahun dan sudah lima tahun meninggalkan alam persekolahan. Ramai yang keliru mengatakan saya yang menunggang motosikal berkenaan sehingga gambar saya turut tular di Facebook.


"Saya dimaklumkan oleh adik, kawannya mahu meminjam motosikal untuk ke sekolah kerana motosikalnya r0sak. Jadi atas belas kasihan, adik saya beri motosikal berkenaan.


"Cuma agak terk3jut apabila tular dengan tulisan menghlna guru di baju sekolahnya. Apapun saya mohon supaya orang ramai memadam gambar saya," katanya yang turut membuat lap0ran poIis.


Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan tiga individu yang menunggang membabitkan dua motosikal.


Dua daripada pelajar berkenaan memakai baju sekolah dengan tulisan menghlna guru. Seorang daripadanya tidak memakai topi keledar.


Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang tuIar menyaksikan seorang pelajar membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar sambil menca.rut guru.


Sumber : Hmetro

No comments:

Powered by Blogger.