Header Ads

Polis panggil suami isteri yang juga instafamous isu rentas negeri untuk 'honeymoon'

 


Sudah menjadi kelaziman bagi pasangan baru berkahwin untuk berbulan madu, namun sejak negara kita melaksanakan perintah PKP kerana pandemlk C0VlD-19 Iarangan untuk merentas negeri untuk urusan bercuti tidak dibenarkan walau dengan apa alasan sekalipun.


Baru-baru ini viral di media sosial sepasang suami isteri yang dikatakan telah merentas negeri semata-mata untuk berbulan madu.


Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah memanggil sepasang suami isteri untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu pergerakan rentas negeri yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan telah datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor atas urusan perniagaannya pada Isnin lalu.



"Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ashari berkata, gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dike.cam oleh netizen pada Jumaat.

"Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak Polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu," katanya.



Beliau berkata, berdasarkan keterangan pasangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.

"Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.

"Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya," katanya

Beliau berkata, pasangan itu menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.



"Lelaki itu telah menjelaskan 'posting' yang dimuatnaik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter," katanya.

Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyal.ahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.

"Sekiranya terdapat individu yang menyaIahgunakan kebenaran ini, tindakan und4ng-und4ng boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan," katanya.

▶️Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.